1. Bagi tujuan untuk mengemaskinikan keahlian KGMMB dari masa ke semasa , semua ahli hendaklah mematuhi Peraturan 7 (2) : Kewajipan dan Tanggungjawab Ahli-Ahli dalam Buku Peraturan dan Perlembagaan KGMMB " Adalah menjadi kewajipan tiap-tiap ahli untuk memberitahu Setiausaha Cawangan dengan segera apabila berpindah tempat tinggal atau bertukar tempat kerja "
2. Sehubungan dengan Perkara 1. di atas , semua Setiausaha Cawangan yang juga MJKA hendaklah mematuhi dari masa ke semasa Peraturan 33 (2) : Kewajipan Pegawai-Pegawai Cawangan dalam Buku Peraturan dan Perlembagaan KGMMB " .......dan ia hendaklah memberitahu Setiausaha Agung di akhir tiap-tiap tiga bulan mengenai apa-apa pertukaran yang berlaku terhadap ahli-ahli itu............... "
©2015-2018 KESATUAN GURU-GURU MELAYU MALAYSIA BARAT
PENAFIAN : Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh dari laman ini.