Presiden
Haji Mohamed Sabri bin Mohd Arsad PKC



       Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa Penerbitan Buku Planner KGMMB yang terus mengekalkan tradisi menerbitkan Buku Planner saban tahun. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada semua ahli KGMMB dan warga pendidik yang telah berjaya menempatkan diri dalam mencorakkan pelbagai kejayaan dalam bidang akademik, sahsiah dan kokurikulum di peringkat sekolah, kementerian dan negara. Sumbangan dan setiap inci pengorbanan cikgu amatlah bertepatan dalam usaha kita bagi meneruskan tradisi memartabatkan profesion perguruan di Malaysia. Keseimbangan dan keharmonian yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjadi cabaran yang berterusan kepada warga pendidik bagi memenuhi harapan dan mencapai wawasan 2020 sebagai sebuah negara maju. Setelah berakhirnya Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2010 (PIPP) kesinambungan Perancangan Pendidikan diterjemahkan melalui Tranformasi Pendidikan, antara agenda besar pendidikan negara ialah memperluaskan Pendidikan Pra sekolah, Memertabatkan Bahasa Melayu dan Memperkasakan Bahasa Inggeris. Penghargaan kepada kita warga pendidik akan diterjemahkan melalui anugerah sekolah cemerlang dan sekolah Berprestasi Tinggi. Maka amat wajar untuk mencapai hasrat ini Kementerian Pelajaran Malaysia memastikan program LINUS menjadi agenda utama bagi setiap sekolah.

       Dikesempatan ini marilah kita guru-guru Melayu menanamkan azam dan tekad perjuangan mempertahankan kedaulatan dan ketuanan Melayu sebagai bangsa teras di negara ini. Kedaulatan bangsa Melayu menjelang dan sesudah kemerdekaan disandarkan pada empat peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang dikaitkan dengan Kontrak Sosial rakyat Malaysia, sebagai imbangan pengurniaan taraf kerakyatan kepada kaum lain yang bukan Melayu dan bukan penduduk asal negara ini. Pertama kedudukan Raja-raja Melayu, Kedua agama Islam sebagai agama rasmi, Ketiga Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan Keempat, hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera. Keempat perkara ini menjadi asas yang penting untuk menjamin kedaulatan dan ketuanan Melayu di negara ini. Dasar Bahasa Kebangsaan yang menetapkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi sebagai salah satu asas kenegaraan berkaitan erat dengan pembentukan jati diri dan wahana komunikasi bagi segala urusan negara serta lambang kewujudan dan kedaulatan negara yang kita cintai ini.

       Akhir kata saya mengajak ahli-ahli KGMMB dan keluarga pendidik bersama-sama memahami konsep 1Malaysia supaya dapat mewujudkan bangsa  Malaysia yang tabah, berintegriti dan berdaya saing untuk terus memertabatkan Kemajuan Negara melalui slogan “Guru Pemangkin 1 Malaysia”.

“HIDUP BERBAKTI”
SELAMAT TAHUN BARU 2011.

HAJI MOHAMED SABRI BIN MOHD ARSAD, AMP., PKC.
Presiden
Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat
PROFIL KGMMB
FALSAFAH

Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) sebagai kesatuan profesional dalam bidang pendidikan mendukung dan memperjuangkan pembinaan "Negara Bangsa" berasaskan Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Negara melalui perencanaan dan perlaksanaan peningkatan profesionalisme,kebajikan serta maruah guru Melayu dan bangsa Melayu.
WAWASAN

Menjadikan KGMMB sebagai kesatuan yang berwibawa meningkat mertabat dan kecemerlanagan guru Melayu serta bengsa Melayu ke arah pembinaan "Negara Bangsa" yang Maju dan Dinamik.
K
M
M
B
G
Komited terhadap kepentingan guru Melayu dan bangsa Melayu.
Gigih bergerak dan berjuang secara global.
Mengekalkan ketuanan Melayu.
Meningkatkan daya saing guru Melayu dan bangsa Melayu dalam segala bidang.
Berupaya, bebas dan berani mengembleng sepenuhnya guna tenaga guru Melayu
di semua peringkat institusi pengajian.
PENGENALAN

Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB 1968) mengambil tempat Kesatuan Persekutuan Guru-Guru Melayu Persekutuan Tanah Melayu ( KPGMPTM 1954 ) yang sebelumnya Kesatuan Persekutuan Guru-Guru Melayu Semenanjung ( KPGMPS ) yang ditubuhkan pada 13 April 1946.
INSURANS
KGMMB mempunyai pakej skim insurans komprehensif khusus untuk ahli yang berminat. Skim insurans ini meliputi perlindungan kemalangan dan 36 jenis penyakit kritikal. Ahli keluarga juga boleh menyertai skim insurans ini.

Pakej : Insurans MCIS yang dikenali sebagai SKIM IKHTIARI HIDUP BERBAKTI.
EKONOMI
KGMMB mempunyai sebuah koperasi iaitu KOPERASI KGMMB BERHAD yang ditubuhkan pada 14hb Disember 1973 di bawah Akta Koperasi Malaysia ( Sijil Pendaftaran 4904 )
FAEDAH AHLI
Setiap ahli KGMMB dengan sendirinya menjadi ahli kepada Kumpulan Wang Simpanan Kebajikan ( KWK ) kesatuan ini. Faedah yang diberikan ialah :

Hadiah Siswa  RM200.00
(Untuk ahli dan anak ahli yang melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma atau Ijazah. Bilangan anak tidak terhad.Untuk institusi yang diiktiraf sahaja.)

Rawatan Hospital  RM600.00
( Untuk ahli sahaja, tidak termasuk anak, isteri atau suami. Ahli hendaklah dimasukkan ke Hospital Kerajaan selama tidak kurang daripada 3 hari dan maksimum 20 hari berturut-turut atau terkumpul dan seorang ahli hanya boleh menuntut sekali sahaja dalam setahun).

Kematian  RM1,000.00
TAMBAHAN :
1. Kematian Suami/Isteri Ahli                        RM1,000.00
2. Kematian Anak/Ibu/Bapa Kandung Ahli        RM500.00

Bersara  RM500.00
( Untuk ahli sahaja, tidak termasuk ahli keluarga ).
Profil KGMMB
Carta Organisasi
Keahlian
Utama
Hakmilik Cipta Terpelihara ©2010  KESATUAN GURU-GURU MELAYU MALAYSIA BARAT
PENAFIAN : Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh dari laman ini.
Rekabentuk Hakmilik Cipta Terpelihara ©2010  Creative Solutions & Services
Borang Keahlian
Borang KWK
Borang Perubahan
Maklumat Ahli
Takwim BPG-IPG 2010
Buku Peraturan
MUAT TURUN
PINDAAN TERKINI YURAN BULANAN DAN FAEDAH TAMBAHAN KWK
MISI
ADUAN
RAKYAT DIDAHULUKAN
PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
PERUTUSAN PRESIDEN

ADUAN MASALAH


  • KGMMB sedia memberi bantuan keahlian kepada ahli-ahli yang mengalami masalah dalam perkhidmatan dan perjawatan.  Masalah ahli boleh dibuat secara bertulis dan dihantar kepada cawangan-cawangan masing-masing atau dihantar terus kepada Presiden. Melalui biro bantuan Perkhidmatan, Perjawatan dan Kebajikan, masalah ahli akan dibawa dan diproses ke peringkat yang lebih tinggi untuk mendapatkan penyelesaian.

  • Sekiranya ahli bertukar tempat bertugas, diharap dapat memaklumkan kepada ibu pejabat KGMMB dengan kadar segera.

  • Ahli yang ingin membuat tuntutan KWK hendaklah menggunakan borang yang disediakan. (Borang KWK boleh di fotostat). Borang tuntukan KWK hendaklah dihantar terus kepada:

Senarai Surat Pekeliling
" Salam 1 Malaysia "