logo

Keahlian

KGMMB > Keahlian

KEAHLIAN
Keanggotaan Kesatuan ini terbuka kepada semua guru Melayu yang berkhidmat di sekolah-sekolah kerajaan, Kementerian Pelajaran Malaysia, maktab-maktab perguruan dan Kementerian Pengajian Tinggi kecuali mereka yang digaji dalam jawatan sulit atau keselamatan.

 

SYARAT-SYARAT KEAHLIAN

  1. Guru Melayu (DG, Tetap, C.O.S)
  2. Umur tidak melebihi 52 tahun
  3. Potongan gaji tidak melebihi 60% dari jumlah gaji
  4. Bebas daripada status muflis

FAEDAH KEPADA AHLI KGMMB

  1. MENYELESAIKAN ISU-ISU AHLI: KGMMB bersedia membantu ahli yang menghadapi masalah perkhidmatan atau perjawatan. Aduan boleh dibuat secara bertulis dan dihantar ke cawangan atau Ibu Pejabat. Masalah tersebut akan diproses oleh Biro Bantuan dan dibawa ke peringkat lebih tinggi untuk diselesaikan.
  2. SUMBANGAN KUMPULAN WANG KEBAJIKAN (KWK) : KGMMB menyediakan sumbangan Hadiah Siswa, Bersara, Sakit, Kematian, Bencana Alam, Hadiah Perkahwinan Pertama, Sumbangan Kelahiran Anak Pertama, Sumbangan Umrah/Haji
  3. TUNTUTAN KEMATIAN AKIBAT KEMALANGAN : KGMMB menawarkan keistimewaan kepada ahli KGMMB yang mengalami kematian akibat kemalangan. Faedah yang diberikan adalah sebanyak RM50,000.00 kepada waris yang layak tertakluk kepada terma dan syarat.
  4. KAD MADANI : Ahli KGMMB layak memohon Kad Madani, Pemegang kad layak mendapat potongan harga sehingga 30% di lebih daripada 100 syarikat rakan niaga, termasuk jenama terkenal seperti AEON, Mydin, Giant, Lotus’s dan sebagainya. Untuk maklumat lanjut sila layari ke https://kadpekerjamadani.mohr.gov.my/
  5. DISKAUN PENGINAPAN DI HOTEL MUTIARA KGMMB : Pemegang Kad Keahlian KGMMB layak menikmati potongan harga penginapan antara 10% hingga 20% di Hotel Mutiara KGMMB yang terletak di No. 14, Jalan BPM 2, Taman Bukit Piatu Mutiara, 75150 Melaka.Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pihak hotel di talian 06-2819073.

TANGGUNGJAWAB AHLI KGMMB.

  1. Setiap ahli bertanggungjawab menjelaskan yuran tepat pada masanya serta memperoleh resit rasmi (tanggungjawab ini tidak terletak kepada pegawai kesatuan).
  2. Setiap ahli wajib memaklumkan kepada Setiausaha Agung dengan segera sekiranya berlaku pertukaran alamat kediaman atau tempat kerja.
  3. Ahli yang menghadiri mesyuarat atau menggunakan premis Kesatuan hendaklah Berkelakuan baik semasa menghadiri mesyuarat atau menggunakan premis kesatuan; pegawai bertanggungjawab berhak mengarahkan ahli keluar
    oleh pegawai bertanggungjawab sekiranya gagal berbuat demikian.
  4. Ahli tidak dibenarkan mengeluarkan sebarang dokumen atau surat pekeliling berkaitan kesatuan tanpa kelulusan Majlis Jawatankuasa Agung, serta dilarang mendedahkan hal ehwal Kesatuan kepada pihak luar tanpa kebenaran.
  5. Ahli tidak dibenarkan menyertai kesatuan sekerja lain tanpa kebenaran Majlis Jawatankuasa Agung.
BAYARAN CARUMAN BULANAN
JENIS BAYARANRM
Yuran BulananRM6.00
Yuran Tabung KebajikanRM10.00
JUMLAH BAYARAN BULANANRM16.00 (1 NOVEMBER 2018)