Bagi tujuan untuk mengemaskinikan keahlian KGMMB dari masa ke semasa , semua ahli hendaklah mematuhi Peraturan 7 (2) : Kewajipan dan Tanggungjawab Ahli-Ahli dalam Buku Peraturan dan Perlembagaan KGMMB ” Adalah menjadi kewajipan tiap-tiap ahli untuk memberitahu Setiausaha Cawangan dengan segera apabila berpindah tempat tinggal atau bertukar tempat kerja “
Sehubungan dengan Perkara 1. di atas , semua Setiausaha Cawangan yang juga MJKA hendaklah mematuhi dari masa ke semasa Peraturan 33 (2) : Kewajipan Pegawai-Pegawai Cawangan dalam Buku Peraturan dan Perlembagaan KGMMB ” …….dan ia hendaklah memberitahu Setiausaha Agung di akhir tiap-tiap tiga bulan mengenai apa-apa pertukaran yang berlaku terhadap ahli-ahli itu…………… “
ADUAN MASALAH
KGMMB sedia memberi bantuan keahlian kepada ahli-ahli yang mengalami masalah dalam perkhidmatan dan perjawatan. Masalah ahli boleh dibuat secara bertulis dan dihantar kepada cawangan-cawangan masing-masing atau dihantar terus kepada Presiden. Melalui biro bantuan Perkhidmatan, Perjawatan dan Kebajikan, masalah ahli akan dibawa dan diproses ke peringkat yang lebih tinggi untuk mendapatkan penyelesaian.
Sekiranya ahli bertukar tempat bertugas, diharap dapat memaklumkan kepada ibu pejabat KGMMB dengan kadar segera.
Ahli yang ingin membuat tuntutan KWK hendaklah menggunakan borang yang disediakan. (Borang KWK boleh di fotostat). Borang tuntukan KWK hendaklah dihantar terus kepada: