- Faedah Hadiah Siswa untuk ahli (tiga kali permohonan untuk tiga peringkat) dan anak ahli (sekali permohonan bagi seorang anak).
- Permohonan selepas mendapat Surat Tawaran atau keputusan peperiksaan semester pertama peringkat Sijil Kemahiran/Diploma/Ijazah/Master di IPTA/IPTS/IPG dan Universiti Luar Negara.
- Peringkat UPSR/PMR/SPM/STPM/Sijil/Percubaan dan Matrikulasi tidak diterima.
- Salinan Kad Pengenalan atau Surat Beranak, Surat Tawaran atau Keputusan Peperiksaan atau Diploma/ijazah.
Faedah Ahli
Setiap ahli KGMMB dengan sendirinya menjadi ahli kepada Kumpulan Wang Simpanan Kebajikan ( KWK ) kesatuan ini. Faedah yang diberikan ialah :
Hadiah Siswa (RM500.00)
Untuk ahli dan anak ahli yang melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma atau Ijazah. Bilangan anak tidak terhad.Untuk institusi yang diiktiraf sahaja
Bersara (RM1,500.00)
Untuk ahli sahaja, tidak termasuk ahli keluarga
- Untuk ahli sahaja.
- Permohonan Faedah Bersara dalam tempoh satu tahun (12 bulan) dari tarikh bersara.
- Salinan Sijil Persaraan atau Kad Pesara.
- Sekiranya ahli telah memohon untuk Faedah Bersara, waris tidak layak untuk memohon Faedah Kematian ahli.
Sila maklumkan kepada Ibu Pejabat jika berpindah tempat bertugas/sekolah
Maklumkan kepada Ibu Pejabat tentang tarikh persaraan sebulan sebelum bersara.
Kesatuan juga menyediakan peruntukan sumbangan khas kepada ahli-ahli yang ditimpa musibah atas kes-kes kebajikan yang tidak termasuk di dalam faedah KWK yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun kadar sumbangan khas berdasarkan keputusan mesyuarat Pegawai Kanan.
Rawatan Hospital (RM90.00-RM600.00)
Untuk ahli sahaja, tidak termasuk anak, isteri atau suami. Ahli hendaklah dimasukkan ke Hospital Kerajaan selama tidak kurang daripada 3 hari dan maksimum 20 hari berturut-turut atau terkumpul dan seorang ahli hanya boleh menuntut sekali sahaja dalam setahun
- Dimasukkan ke hospital kerajaan dan swasta.
- Minimum 3 hari berturut-turut dan maksimum 20 hari (berturut-turut atau terkumpul) dalam tempoh satu tahun (12 bulan) bagi tahun semasa.
- Hanya satu permohonan untuk tempoh satu tahun semasa.
- Permohonan hendaklah disertakan dengan resit bayaran atau bukti kemasukan ke hospital.
Kematian (RM1,500.00)
TAMBAHAN:
- Kematian Suami/Isteri Ahli RM1,000.00
- Kematian Anak/Ibu/Bapa Kandung Ahli RM500.00
Kematian Ahli:
- Waris berhak memohon Faedah Kematian untuk ahli dengan menyertakan salinan Kad Pengenalan Ahli dan Sijil Kematian.
- Permohonan Faedah Kematian Ahli dalam tempoh satu tahun (12 bulan) dari tarikh kematian.
Kematian untuk Suami/Isteri Ahli:
- Ahli berhak memohon Faedah Kematian untuk suami/isteri ahli dengan menyertakan salinan Kad Pengenalan Suami/Isteri, Sijil Nikah dan Sijil Kematian.
- Permohonan Faedah Kematian Suami/Isteri ahli dalam tempoh satu tahun (12 bulan) dari tarikh kematian.
Kematian Anak/Ibu/Bapa Kandung Ahli:
- Ahli berhak memohon Faedah Kematian untuk Anak/Ibu/Bapa Kandung ahli dengan menyertakan salinan Kad Pengenalan Anak/Ibu/Bapa Kandung atau Surat Beranak (bagi kematian Ibu) dan Sijil Kematian.
- Permohonan Faedah Kematian Anak/Ibu/Bapa Kandung ahli dalam tempoh satu tahun (12 bulan) dari tarikh kematian.
SYARAT PERMOHONAN SEPERTI BERIKUT
- Permohonan Faedah Kumpulan Wang Kebajikan (KWK) dibuat dengan menggunakan Borang KWK yang boleh diperolehi daripada Ibu Pejabat KGMMB, Kalendar Perancangan, www.kgmmb.net (borang KWK) atau Setiausaha Cawangan.
- Faedah Kematian hanya boleh dipohon dalam tempoh tidak melebihi satu tahun dari tarikh meninggal dengan menyertakan salinan sijil kematian. Ahli yang menerima Faedah Bersara tidak layak menerima Faedah Kematian.
- Faedah bersara hanya boleh dipohon tidak melebihi setahun dari tarikh bersara dengan menyertakan salinan Sijil Persaraan.
- Faedah Hadiah Siswa perlu disertakan dengan salinan Kad Pengenalan, Surat Tawaran dan Keputusan Peperiksaan Semester.